Friday 28 December 2012

Samsung Corby II - GT-S3850 untuk dijual

Masih ada setahun warranty..
Beli pada 23/12/2012.
Full set. (charger, earphone, usb cable, screen protector etc. )
Line new.. Baru 5 hari pakai..
Nak jual sebab henfon xmasuk dgn jiwa..
For serious buyer only..
Contact, 014-5305072 untuk pertanyaan.





Tuesday 18 December 2012

Lirik Lagu Aku Yang Tersakiti – Judika

Pernahkah kau merasa jarak antara kita
Kini semakin terasa setelah kau kenal dia
Aku tiada percaya teganya kau putuskan
Indahnya cinta kita yang tak ingin ku akhiri
Kau pergi tinggalkanku
Tak pernahkah kau sadari akulah yang kau sakiti
Engkau pergi dengan janjimu yang telah kau ingkari
Oh tuhan tolonglah aku hapuskan rasa cintaku
Aku pun ingin bahagia walau tak bersama dia

Memang takkan mudah bagiku tuk lupakan segalanya
Aku pergi untuk dia
Tak pernahkah kau sadari akulah yang kau sakiti
Engkau pergi dengan janjimu yang telah kau ingkari
Oh tuhan tolonglah aku hapuskan rasa cintaku
Aku pun ingin bahagia walau tak bersama dia
(walau tak bersama dia)
Oh tuhan tolonglah aku hapuskan rasa cintaku
Aku pun ingin bahagia walau tak bersama dia

Monday 10 December 2012

JOm kite masak-masak! haha


Bahan-bahan:

1 ekor ayam ~ dipotong kecil
5 biji bawang merah ~ ditumbuk
4 ulas bawang putih ~ ditumbuk
1 inci halia ~ ditumbuk
3 sudu besar serbuk cili
2 sudu kecil serbuk ketumbar
2 sudu kecil serbuk jintan manis
3-4 sudu besar tepung jagung
1 sudu serbuk kunyit
1 biji telur
Garam secukup rasa
Minyak


Cara penyediaan:
1. Satukan ayam dengan semua bahan hingga sebati.
2. Perap ayam selama 2-3 jam.
3. Goreng dalam minyak yang banyak sehingga garing.



sedap giler weh...meleleh da..pe ag g keda Mat lalu..haha



Monday 26 November 2012


Meluputkah memori lalu terbang bersama bayu di senja itu,
Samar samar kemerahan itu ibarat diari musim lalu
Yang berkisar pada sejarah usang yang tidak ingin kusingkap lagi. 
Tirai di senja itu sudah bertukar menjadi gelap,
 Namun aku yakin mentari merah cerah akan bersinar esok pagi 
Dan akan menerangi hidupku yang sering diselimuti mensung hitam ini.


Friday 9 November 2012

Saturday 3 November 2012

Tanda2 Seorang Perempuan Meminati Anda!

Jom kite tengok tanda2 nie...mane tahu korang perasan ad awek2 yg wat cmni kat korang ke? hahaha


1) Dia Tidak Senang Duduk
Sesetengah wanita biasanya akan menunjukkan petanda awal yang tidak begitu jelas dan kemudian mengharapkan anda untuk mengambil alih peranan seterusnya. Jika anda berjaya mengesan petanda ini, hanya sedikit usaha mampu membuahkan hasil kerana ‘pintu’nya telah terbuka untuk anda. Biasanya tanda-tanda awal ini ditunjukkan dengan berjalan mundar-mandir di belakang anda atau tidak sengaja terlanggar bahu sambil menjeling manja. Walaupun dia sekadar mengatakan ‘Maaf!’, itu adalah petanda yang perlu diberi tindakan segera.


2) Tunjuk Minat
Sewaktu berbicara dengannya, walaupun anda memperkatakan hal tidak munasabah, dia masih memberi komen membina. Setiap isu yang anda timbulkan mendapat sokongan daripadanya. Sama ada anda memang pandai berbicara atau dia menaruh minat mendalam terhadap anda. Lebih jelas lagi jika dia memainkan rambut ( kalo free hair la) sambil tersenyum manja setiap kali berbicara. Jika anda kurang yakin dengan maksud tersirat yang cuba disampaikan, dapatkan pandangan rakan yang ada bersama anda.


3) Anda Diperkenalkan Kepada Rakannya
Bermakna anda telah diterima masuk dalam kehidupannya. Salah satu sebab anda diperkenalkan adalah untuk memberitahu rakan-rakannya: ‘Ini aku punya’, dan satu lagi sebab ialah untuk mereka menilai diri anda. Jadi pastikan anda turut mengambil hati rakan-rakannya, namun jangan sampai dia cemburu.


4) Dia Menjual Dirinya
Jika percakapan atau gerak lakunya menunjukkan seperti dia sedang mempromosikan aset dan kelebihannya, bermakna anda sedang diberi petunjuk jelas olehnya. Secara tidak langsung dia ingin membuatkan anda terasa yang dirinya berbaloi untuk dimiliki.


5) Bersikap Terbuka
Biasanya wanita tidak akan mendedahkan terlalu banyak maklumat tentang peribadinya. Hanya jika dia betul-betul berminat dan percayakan anda barulah segalanya akan diceritakan. Anggaplah ia sebagai petunjuk utama tentang keinginannya, terutama jika perihal jenama pakaian dalamnya juga turut diceritakan.WOW!


6) Membayangi Anda
Bukan membayangi seperti mengatasi diri anda, tetapi menjadi seperti bayang-bayang anda. Ke mana sahaja anda pergi, pasti dia akan mengikuti anda. Dia juga menunjukkan minat mendalam terhadap percakapan anda walaupun tiada kena mengena dengan dirinya. Dia sebenarnya sedang lemas dengan keinginannya untuk mendampingi anda. Berikan dia ruang untuk menunjukkan kemahuannya agar tidak ‘lemas’ lagi.


7) Anda Diajak Ke Tempat Lain…
Dia ingin meluangkan masa yang lebih privasi bersama anda. Mungkin untuk berkenalan dengan lebih lanjut atau untuk meluahkan perasaanya terhadap anda. Kata-kata manis dan bicara anda bukan lagi soal utama baginya. Anda menjadi pilihan utama sebagai teman lelaki baginya.




p/s : korang jgan perasan lebih2 dah la...hahaha

Thursday 25 October 2012

Selamat Hari Raya AidilAdha buat sumer!


kepada sape2 x balek kampung tu jgan bersedey2...haha
p/s : jeling semacam je kalo jumpe lembu...haha

Sunday 14 October 2012

Info Untuk penDownload2 Tegar!!

Ni antara citer2 series yang aku akan Update
dari semase ke semase..
Kalo xde aral melintang oke..
Sape2 yg nak request bleh usulkan kan chatbox tepi tu...
Maseh sumer!









kredit to : DDMF/Myjaki/jiieazz






Monday 8 October 2012

Ciri – Ciri Golongan Suami Takut Bini!!

Meh2 kite bace golongan mane yang takut sngat kay bini diorang nie.. Mane tau korang ade yang terase...hahahaha


1. Selalu menuruti permintaan isteri.

Jika ada suami yang selalu menuruti permintaan isteri, boleh jadi dia adalah suami takut isteri. Sikap penurut suami ini biasanya disebabkan kerana rasa takut kepada isteri. Takut isteri mengamuk atau melaporkan kepada pihak keluarganya kadang-kadang boleh membuat suami tunduk pada isteri.

2. Umur isteri lebih tua dari suami.

Biasanya mereka yang punya isteri lebih tua cenderung menjadi suami yang hormat dan tunduk pada isterinya. Akibatnya, rasa hormat dan tunduk tersebut mengarahkan si suami menjadi takut isteri.

3. Anak pertama perempuan.

Banyak orang yang mengatakan, kalau ada pasangan yang punya anak pertama perempuan itu ertinya suaminya adalah suami takut isteri. Meski tidak masuk akal, namun kebanyakan fakta membuktikan kalau perkara itu benar.

4. Gaji isteri lebih tinggi berbanding gaji suaminya.

Perempuan yang mempunyai pendapatan lebih tinggi biasanya lebih dominan, termasuk dalam hal rumah tangga. Merasa memiliki kuasa yang besar ke atas gajinya, isteri cenderung lebih mengawal urusan rumah tangga termasuk mengatur suami. Akibatnya, suami menjadi suami takut isteri.

5. Isteri penuntut dan cemburu.

Ciri suami takut isteri juga boleh dilihat dari sikap isterinya. Seorang isteri yang kuat cemburu dan suka menuntut boleh membuat suami takut isteri. Kebiasaan isteri yang selalu mengawal apa-apa aktiviti yang dilakukan suaminya jadi petanda kalau dia adalah suami takut isteri.

hah camne? terase ke...hehe gurau2 je...


Monday 17 September 2012

Tanda-Tanda Wakaf

Oke2... hari nie aku nak share nge korang2 sumer tanda2 wakaf dalam Al-Quran.
aku rase korang sumer dah tahu dah nie... Saje nak ulangkaji org kate..
Mane thu ad yg terlupe tu..hehe


p/s : InsyaAllah utk peringatan kite bersama..selamat Beramal...


Thursday 13 September 2012

3 Kali Pakai Seluar Atas Lutut Lelaki Dewasa Tidak Boleh Jadi Wali – Abby Abadi


“Sebenarnya kalau kita mengaku kita ni semua beragama Islam, untuk wanita yang sudah akil baligh memang dah tak ada pilihan untuk tidak menutup aurat”“Macam tu juga dengan lelaki. Kalau 3 kali je dia dah langgar macam main bola pakai seluar pendek yang atas pada lutut, dia tidak boleh jadi Wali dah.

Benda macam tu nampak kecil tapi besar sebenarnya dia punya kesan”Itulah kata-kata Abby Abadi sewaktu menyampaikan ceramah di Rumah Terbuka Eidil Fitri di Ampangan, Negeri Sembilan baru baru ini yang turut dihadiri salah seorang crew kami yang semata mata mahu mendngar isi kandungan ceramahnya.

Dalam ceramahnya juga Abby sekali lagi menegaskan yang Malaysia sebenarnya berada dalam keadaan yang sangat bahaya. Pandangan ini dibuat kerana menurutnya keadaan dari Segi Agama & Ekonomi negara Malaysia ini sangat membimbangkan.

Melalui ceramah ini juga Abby membuat pengakuan yang dia pernah menyebut hanya sekali sahaja kepada pihak-pihak tertentu dengan perkataan BODOH. Ujarnya “Saya cakap macam tu sebab mereka kata saya jadi macam ni sebab saya kecewa dengan Norman Hakim lah kononya. Padahal apa yang terjadi kepada saya sekarang ni tak ada kaitan langsung denganya”.


p/s : macam2 ada skrg nie.....hihi copy paste je!

Tuesday 11 September 2012

Cara Orang Afrika Tangkap Ular


Hello2!!! Ari nie aku nak share nge korang satu info nie...
rase2 korang da bace kot...p giler la geng2 nie..

Tidak sangka orang Afrika mempunyai keberanian untuk menangkap ular dalam lubang yang sangat berisiko. Walaupun terpaksa masuk dalam lubang sempit, mereka sanggup. Dan pastinya, hanya yang betul-betul berani sahaja mampu melakukannya. Kalau yang baru tengok ular je pun dah takut, lupakan je lah. Mari kita lihat gambar-gambar orang Afrika ni menangkap ular sawa dan telurnya yang sedang beristerirehat dalam sarangnya. Menyeramkan!







haha...amacam...ade berani ke?
p/s : kalo aku da lame bukak langkah seribu...hehehe







Friday 7 September 2012

Ape bende Gangnam Style???


Sekarang nie...kecoh kat twitter la...facebook la mengenai Gangnam style nie.. aku mcm bese la..lambat sket bende2 alah gini..hahaha

oke2...nie die explanation die...

Sebenarnya Oppa Gangnam Style (강남 스타일) ialah lagu dari Korea yang dinyanyikan oleh PSY(disingkatkan daripada perkataan Psycho) atau nama sebenarnya Jae-Sang Park. Dilahirkan di Korea, Psy mendapat pendidikannya di Boston University and Berklee College of Music. Dia mula melancarkan album pertamanya iaitu PSY from the PSYcho World! pada 2001 dan muziknya banyak dipengaruhi artis seperti Eminem, 2 Pac, Jay-Z dan Dr. Dre. Manakala perkataan gangnam ialah nama salah satu wilayah di Korea.

Apa yang menarik dengan Oppa Gangnam Style ni kalau nak dibandingkan dengan lagu-lagu dari Korea yang lain? Tarikan utama Gangnam Style ni adalah pada tariannya yang mencuit hati apabila koreografi tariannya seperti sedang menunggang kuda. Bila dilihat gerak tarinya memang agak janggal tetapi dalam masa yang sama menimbulkan perasaan lawak kepada penonton. Sejak dikeluarkan lagu ini adalah yang paling popular bagi bulan July 2012 di dunia, video ini telah mendapat 8 million views dalam masa 2 minggu sahaja, malah semakin banyak video Copycat parody turut muncul di YouTube bagai cendawan tumbuh selepas hujan.


* basic step die kot...hehe
p/s: ak copy paste je nie.....hahaha

Wednesday 5 September 2012

Kalo dah gila tu...Gila lah jugak...


KISAH LUCU

Ada dua orang gila yang sedang berbual di rumah sakit jiwa Tampoi.

Orang gila 1 : ( sambil naik atas meja ) "Kamu tahu tak?"

Orang gila 2 : "Tahu apa?" Orang gila 1 : "Aku nie matahari ( sambil mengangkat tangannya tinggi-tinggi ) lihat lah terang dunia ini disebabkan aku!"

Orang gila 2 : ( dalam hati ) "Jangan-jangan dia ini bertambah gila, aku mesti lapor pada doktor biar dia diperiksa..."

Sambil berlari orang gila 2 tadi pergi ke bilik doktor dan menceritakan apa yang berlaku:

Orang gila 2 : "Doktor, kawan saya itu mungkin bertambah gilanya."

Dokter : "Kenapa?"

Orang gila 2 : "Benar doktor, dia naik ke atas meja sambil mengangkat tangannya dia cakap dia adalah matahari, dunia ini terang dia yang buat."

Dokter : "Kalau begitu suruhlah kawan kamu tu turun."

Orang gila 2 : "Jangan doktor, nanti kalau dia turun gelap dunia ini nanti..."

Dokter : "???"

p/s : hahaha...macam ni pom hado??



Sunday 2 September 2012

7 Langkah Cegah Bau Kaki!

Masalah bau kaki kadang-kadang terjadi kepada diri sendiri mahupun rakan di sekeliling kita. Masalah ini merupakan satu masalah yang perlu dielakkan kerana ia mencerminkan peribadi diri kita sendiri. Di sini terdapat 7 langkah cara mencegah bau kaki. Bau yang datang menyebabkan kita akan berasa kurang berkeyakinan untuk berkomunikasi dengan orang lain.




1. kerap basuh kaki dengan sabun terutamannya jika kaki mulai berpeluh. ia bertujuan untuk mengelakkkan kaki terlalu lama berlemuran peluh.

2. lap kaki dengan tuala bersih dan sapukan bedak sebelum memakai kasut

3. kaki juga perlukan semburan anti bau, gunakan semburan anti peluh (antiperspirant) yang biasannya telah dicampurkan dengan anti bau (deodorant). Bagimanapun elakkan semburan jika kaki mengalami keceraan seperti luka.

4. ganti stoking lebih kerap, pilih fabric dari bahan kapas yang boleh menyerap peluh.

5. jika kaki mempunyai peluh berlebihan, kamu digalakkan memakai stoking 2 lapis.

6. Pilih kasur jenis terbuka atau sandal. ini kerana kasut tertutup akan merangsangkan peluh dan mengundangkan kuman bersarang. sehingga kaki kamu berbau. pilih kasut bukan dari bahan plastik yang boleh menghalang udara keluar masuk. Serta jangan pakai kasut yang sama dua hari berturut-turut

7. rendam kaki didalam air suam, kemudian sapukan dengan losen dan berstoking sebelum tidur.


p/s: sekadar berkongsi...terutamanye bagi org lelaki..hehe

Friday 31 August 2012

20 Ciri-Ciri lelaki Bajet Malaya


*sekadar hiasan

  1. Kau yang cakap dirty dengan kawan-kawan & kuat-kuat konon nampak kool & sempoi padahal kau nampak bodoh
  2. Kalau text ngan laki, bahasa rilex & ok..tapi bile text ngan gadis, “macam manew niew..i segan lew nark kuar ngan u..hukhuk..^__^” macam shit doh konon menepati citerase gadis itu
  3. Rambut kau menjadi masalah disamping keutamaan..payah lah kalau berangin sikit kau pegi sliding door or cermin kereta cepat-cepat semata-mata nak repair rambut kau..kalau jalan tepi bende bercermin pun nak jeling tengok rambut..ape doh
  4. Kau dah famous ngan sikap sempoi..tapi kau agak-agak lah kalau nak kuar g tengok wayang pun pakai short..kemas sikit pakai jeans pun ok lah..asal? bulu kaki kau rebonding eh? aq tengok sendiri pun jijik
  5. Tak payah budget nak sempoi & kool sangat lah bile kau pakai beg,accessories pink konon kau ni jambu & metroseksual tapi kulit hitam berminyak..wekks
  6. Kau kutuk kawan lelaki sendiri yang muka berjerawat konon kulit kau bersih pakai Fair&Lovely..lelaki lagi awesome bile ada jerawat
  7. Bila kau lepak ngan gadis, kau steady..tapi bila member lalu depan selamba “i tak kenal dia”..kalau angkat pun muka macam nak tak nak je
  8. Sopan ngan girls hot..tapi kurang ajar ngan yang lain..tak kira lah lelaki sendiri or gadis yang gemok & tak cun..cam aram
  9. Menggelabah nak belanja gadis gebu kat fastfood..bila kawan sendiri mintak belanja Coke alasan kau macam shit
  10. Pakai barang branded..Adidas, COnverse, Top Man, Levis, Casio, Okley..lepastu kau nak gampang-gampang ngan member kau yang pakai sliper Sufian ngn baju pagoda
  11. Tak pun kau cerita banyak duit & barang berjenama dekat gadis gebu kasi gadis gebu tertarik ngan sifat metroseksual & up-to-date kau
  12. Kau pakai DSLR pakai duit ptptn tak pun duit mak abah tapi duit makan sesak sampai pinjam member..tapi bile member nak pinjam DSLR kau kedekut macam sial
  13. Usung DSLR kau kehulu kehilir konon kau ni foto-tangkap..bila tengok cara amik gamba pun cam suck..pegang DSLR pun tak style
  14. Panas terik, berpeluh kat tengah kotaraya ni, boleh pulak kau pakai sweater tebal,Okley, topi Monster, short pants & kasut Vans yang besar sampai orang tengok pun lemas
  15. Taip macam-macam kat facebook siap fuck suck sume keluar..tapi realiti lepak jugak ngan budak layan anime & tonton Fairy Tale, Naruto dekat lapy
  16. Nak lepak ngan gadis tapi barang dressup sume kau pinjam..daripada topi Monster, Okley, baju, kemeja, jeans & kasut sampai duit pun pinjam..alasan nye barang sendiri tak hensem ngn kau..buat apa kau beli dulu bodoh
  17. Kau cakap “bro..nak g mana bro? lepak lah kejap bro..” kuat-kuat padalah bila dalam rumah, kolej tak pernah pulak cakap macam tu
  18. Duit ptptn habis sebab belanja awek..tapi bila awek tanya kenapa duit habis, cakap member selalu pinjam..nak kasi diri tu nampak mulia di mata gadis
  19. Kau kerek ngan abang kerja kat Petronas or Caltex masa nak isi minyak bila dalam kereta kau ada gadis gebu tak pakai tudung konon kau hensem sampai abang tu respect kat kau
  20. Main blog, Facebook & Twitter bagai..tapi semua yang dalam blog & lain-lain gampang je lebih..kasi orang nampak kau awesome di alam maya..realiti, menangis bila gaduh ngan gadis
 p/s: hahaha..jangan marah weh sape2 yang terase...sekadar hiburan bersama

Wednesday 29 August 2012

Samsung bayar saman Apple USD1 billion pakai syiling 5sen sebanyak 30 trak


Pagi ini lebih daripada 30 trak yang dipenuhi dengan syiling 5 sen tiba di ibu pejabat Apple di California. Pada mulanya, pengawal keselamatan yang melindungi kemudahan menyangka ia dialihkan ke tempat yang salah, tetapi beberapa minit kemudian, Tim Cook (Ketua Pegawai Eksekutif Apple) menerima panggilan dari Samsung Ketua Pegawai Eksekutif menjelaskan bahawa mereka akan membayar $ 1000000000 dolar untuk denda baru-baru ini dengan yang diutuskan terhadap Selatan syarikat Korea dengan cara ini.

Apa yang lucunya adalah dokumen yang ditandatangani tidak menetapkan kaedah pembayaran tunggal, jadi Samsung berhak untuk menghantar kepada pencipta iPhone sedolar bilion seperti yang mereka fikirkan terbaik.


Lee Kun-Hee berkata, ia adalah taktik kotor, menyebabkan Pihak Apple sakit kepala kerana mereka perlu untuk memohon untuk mengira semua wang itu, dan memeriksa jika ia adalah lengkap dan cuba untuk mencari bank bagi mengira semua duit yang telah dihantar oleh pihak Samsung.

Lee Kun-hee, Pengerusi Samsung Electronics, memberitahu media bahawa, syarikat itu tidak akan takut oleh sekumpulan “Geeks dengan gaya” dan bahawa jika mereka mahu bermain kotor, mereka juga tahu bagaimana untuk melakukannya.

Anda boleh menggunakan syiling anda untuk membeli minuman di mesin sedikit untuk hidup atau mencairkan syiling untuk membuat komputer, itu bukan masalah saya, saya sudah membayar mereka dan memenuhi undang-undang.

Sejumlah 20000000000 syiling, telah disampaikan dan berharap untuk menamatkan persengketaan pada minggu ini.

~sumber~

Monday 27 August 2012

15 Teknik Mengikat Tali Kasut

Ari nie aku nak ajar korang2 sumer teknik2 ikat tali kasut korang tu....
tp yg nie ag kreatif kot...hahaha
nie pom ak amek lam tenet gak....ak da try da...
korang try la jadi ke tak...haha

















so camne...??















Saturday 25 August 2012

The Expendables 2


aku nak share nge korang citer nie...baru kuar mgu lpas...mmg antara cerite yg
 aku tggu2 la..ni pon da no dua...yg first pom da best....tgok la sape hero die..RAMBO tu.....mmg geng2 hero la belakon lam citer nie...mmg best...tp ak x tgok lg la...tgok trailer je..hahatp mmg best...baru kuar korang..mne de yg quality terbaek lagi...tp yg TS da kuar da...kalo korg nk gak...download kat cni oke....