Monday 17 September 2012

Tanda-Tanda Wakaf

Oke2... hari nie aku nak share nge korang2 sumer tanda2 wakaf dalam Al-Quran.
aku rase korang sumer dah tahu dah nie... Saje nak ulangkaji org kate..
Mane thu ad yg terlupe tu..hehe


p/s : InsyaAllah utk peringatan kite bersama..selamat Beramal...


Thursday 13 September 2012

3 Kali Pakai Seluar Atas Lutut Lelaki Dewasa Tidak Boleh Jadi Wali – Abby Abadi


“Sebenarnya kalau kita mengaku kita ni semua beragama Islam, untuk wanita yang sudah akil baligh memang dah tak ada pilihan untuk tidak menutup aurat”“Macam tu juga dengan lelaki. Kalau 3 kali je dia dah langgar macam main bola pakai seluar pendek yang atas pada lutut, dia tidak boleh jadi Wali dah.

Benda macam tu nampak kecil tapi besar sebenarnya dia punya kesan”Itulah kata-kata Abby Abadi sewaktu menyampaikan ceramah di Rumah Terbuka Eidil Fitri di Ampangan, Negeri Sembilan baru baru ini yang turut dihadiri salah seorang crew kami yang semata mata mahu mendngar isi kandungan ceramahnya.

Dalam ceramahnya juga Abby sekali lagi menegaskan yang Malaysia sebenarnya berada dalam keadaan yang sangat bahaya. Pandangan ini dibuat kerana menurutnya keadaan dari Segi Agama & Ekonomi negara Malaysia ini sangat membimbangkan.

Melalui ceramah ini juga Abby membuat pengakuan yang dia pernah menyebut hanya sekali sahaja kepada pihak-pihak tertentu dengan perkataan BODOH. Ujarnya “Saya cakap macam tu sebab mereka kata saya jadi macam ni sebab saya kecewa dengan Norman Hakim lah kononya. Padahal apa yang terjadi kepada saya sekarang ni tak ada kaitan langsung denganya”.


p/s : macam2 ada skrg nie.....hihi copy paste je!

Tuesday 11 September 2012

Cara Orang Afrika Tangkap Ular


Hello2!!! Ari nie aku nak share nge korang satu info nie...
rase2 korang da bace kot...p giler la geng2 nie..

Tidak sangka orang Afrika mempunyai keberanian untuk menangkap ular dalam lubang yang sangat berisiko. Walaupun terpaksa masuk dalam lubang sempit, mereka sanggup. Dan pastinya, hanya yang betul-betul berani sahaja mampu melakukannya. Kalau yang baru tengok ular je pun dah takut, lupakan je lah. Mari kita lihat gambar-gambar orang Afrika ni menangkap ular sawa dan telurnya yang sedang beristerirehat dalam sarangnya. Menyeramkan!







haha...amacam...ade berani ke?
p/s : kalo aku da lame bukak langkah seribu...hehehe







Friday 7 September 2012

Ape bende Gangnam Style???


Sekarang nie...kecoh kat twitter la...facebook la mengenai Gangnam style nie.. aku mcm bese la..lambat sket bende2 alah gini..hahaha

oke2...nie die explanation die...

Sebenarnya Oppa Gangnam Style (강남 스타일) ialah lagu dari Korea yang dinyanyikan oleh PSY(disingkatkan daripada perkataan Psycho) atau nama sebenarnya Jae-Sang Park. Dilahirkan di Korea, Psy mendapat pendidikannya di Boston University and Berklee College of Music. Dia mula melancarkan album pertamanya iaitu PSY from the PSYcho World! pada 2001 dan muziknya banyak dipengaruhi artis seperti Eminem, 2 Pac, Jay-Z dan Dr. Dre. Manakala perkataan gangnam ialah nama salah satu wilayah di Korea.

Apa yang menarik dengan Oppa Gangnam Style ni kalau nak dibandingkan dengan lagu-lagu dari Korea yang lain? Tarikan utama Gangnam Style ni adalah pada tariannya yang mencuit hati apabila koreografi tariannya seperti sedang menunggang kuda. Bila dilihat gerak tarinya memang agak janggal tetapi dalam masa yang sama menimbulkan perasaan lawak kepada penonton. Sejak dikeluarkan lagu ini adalah yang paling popular bagi bulan July 2012 di dunia, video ini telah mendapat 8 million views dalam masa 2 minggu sahaja, malah semakin banyak video Copycat parody turut muncul di YouTube bagai cendawan tumbuh selepas hujan.


* basic step die kot...hehe
p/s: ak copy paste je nie.....hahaha

Wednesday 5 September 2012

Kalo dah gila tu...Gila lah jugak...


KISAH LUCU

Ada dua orang gila yang sedang berbual di rumah sakit jiwa Tampoi.

Orang gila 1 : ( sambil naik atas meja ) "Kamu tahu tak?"

Orang gila 2 : "Tahu apa?" Orang gila 1 : "Aku nie matahari ( sambil mengangkat tangannya tinggi-tinggi ) lihat lah terang dunia ini disebabkan aku!"

Orang gila 2 : ( dalam hati ) "Jangan-jangan dia ini bertambah gila, aku mesti lapor pada doktor biar dia diperiksa..."

Sambil berlari orang gila 2 tadi pergi ke bilik doktor dan menceritakan apa yang berlaku:

Orang gila 2 : "Doktor, kawan saya itu mungkin bertambah gilanya."

Dokter : "Kenapa?"

Orang gila 2 : "Benar doktor, dia naik ke atas meja sambil mengangkat tangannya dia cakap dia adalah matahari, dunia ini terang dia yang buat."

Dokter : "Kalau begitu suruhlah kawan kamu tu turun."

Orang gila 2 : "Jangan doktor, nanti kalau dia turun gelap dunia ini nanti..."

Dokter : "???"

p/s : hahaha...macam ni pom hado??



Sunday 2 September 2012

7 Langkah Cegah Bau Kaki!

Masalah bau kaki kadang-kadang terjadi kepada diri sendiri mahupun rakan di sekeliling kita. Masalah ini merupakan satu masalah yang perlu dielakkan kerana ia mencerminkan peribadi diri kita sendiri. Di sini terdapat 7 langkah cara mencegah bau kaki. Bau yang datang menyebabkan kita akan berasa kurang berkeyakinan untuk berkomunikasi dengan orang lain.




1. kerap basuh kaki dengan sabun terutamannya jika kaki mulai berpeluh. ia bertujuan untuk mengelakkkan kaki terlalu lama berlemuran peluh.

2. lap kaki dengan tuala bersih dan sapukan bedak sebelum memakai kasut

3. kaki juga perlukan semburan anti bau, gunakan semburan anti peluh (antiperspirant) yang biasannya telah dicampurkan dengan anti bau (deodorant). Bagimanapun elakkan semburan jika kaki mengalami keceraan seperti luka.

4. ganti stoking lebih kerap, pilih fabric dari bahan kapas yang boleh menyerap peluh.

5. jika kaki mempunyai peluh berlebihan, kamu digalakkan memakai stoking 2 lapis.

6. Pilih kasur jenis terbuka atau sandal. ini kerana kasut tertutup akan merangsangkan peluh dan mengundangkan kuman bersarang. sehingga kaki kamu berbau. pilih kasut bukan dari bahan plastik yang boleh menghalang udara keluar masuk. Serta jangan pakai kasut yang sama dua hari berturut-turut

7. rendam kaki didalam air suam, kemudian sapukan dengan losen dan berstoking sebelum tidur.


p/s: sekadar berkongsi...terutamanye bagi org lelaki..hehe