Jom kite tengok tanda2 nie...mane tahu korang perasan ad awek2 yg wat cmni kat korang ke? hahaha
1) Dia Tidak Senang
Duduk
Sesetengah wanita biasanya akan menunjukkan petanda awal yang tidak begitu
jelas dan kemudian mengharapkan anda untuk mengambil alih peranan seterusnya.
Jika anda berjaya mengesan petanda ini, hanya sedikit usaha mampu membuahkan
hasil kerana ‘pintu’nya telah terbuka untuk anda. Biasanya tanda-tanda awal ini
ditunjukkan dengan berjalan mundar-mandir di belakang anda atau tidak sengaja
terlanggar bahu sambil menjeling manja. Walaupun dia sekadar mengatakan
‘Maaf!’, itu adalah petanda yang perlu diberi tindakan segera.
2) Tunjuk Minat
Sewaktu berbicara dengannya, walaupun anda memperkatakan hal tidak munasabah,
dia masih memberi komen membina. Setiap isu yang anda timbulkan mendapat
sokongan daripadanya. Sama ada anda memang pandai berbicara atau dia menaruh
minat mendalam terhadap anda. Lebih jelas lagi jika dia memainkan rambut ( kalo free hair la) sambil
tersenyum manja setiap kali berbicara. Jika anda kurang yakin dengan maksud
tersirat yang cuba disampaikan, dapatkan pandangan rakan yang ada bersama anda.
3) Anda Diperkenalkan
Kepada Rakannya
Bermakna anda telah diterima masuk dalam kehidupannya. Salah satu sebab anda
diperkenalkan adalah untuk memberitahu rakan-rakannya: ‘Ini aku punya’, dan
satu lagi sebab ialah untuk mereka menilai diri anda. Jadi pastikan anda turut
mengambil hati rakan-rakannya, namun jangan sampai dia cemburu.
4) Dia Menjual Dirinya
Jika percakapan atau gerak lakunya menunjukkan seperti dia sedang mempromosikan
aset dan kelebihannya, bermakna anda sedang diberi petunjuk jelas olehnya.
Secara tidak langsung dia ingin membuatkan anda terasa yang dirinya berbaloi
untuk dimiliki.
5) Bersikap Terbuka
Biasanya wanita tidak akan mendedahkan terlalu banyak maklumat tentang
peribadinya. Hanya jika dia betul-betul berminat dan percayakan anda barulah
segalanya akan diceritakan. Anggaplah ia sebagai petunjuk utama tentang
keinginannya, terutama jika perihal jenama pakaian dalamnya juga turut
diceritakan.WOW!
6) Membayangi Anda
Bukan membayangi seperti mengatasi diri anda, tetapi menjadi seperti
bayang-bayang anda. Ke mana sahaja anda pergi, pasti dia akan mengikuti anda.
Dia juga menunjukkan minat mendalam terhadap percakapan anda walaupun tiada
kena mengena dengan dirinya. Dia sebenarnya sedang lemas dengan keinginannya
untuk mendampingi anda. Berikan dia ruang untuk menunjukkan kemahuannya agar
tidak ‘lemas’ lagi.
7) Anda Diajak Ke Tempat
Lain…
Dia ingin meluangkan masa yang lebih privasi bersama anda. Mungkin untuk
berkenalan dengan lebih lanjut atau untuk meluahkan perasaanya terhadap anda.
Kata-kata manis dan bicara anda bukan lagi soal utama baginya. Anda menjadi
pilihan utama sebagai teman lelaki baginya.
p/s : korang jgan perasan lebih2 dah la...hahaha
No comments:
Post a Comment